Perkhidmatan Kami

Anak-anak sawit yang dibekalkan oleh Felda Technoplant Sdn Bhd adalah dari DxP Yangambi. DxP Yangambi merupakan hasil penyelidikan Felda dan mempunyai beberapa ciri menarik dan ekonomik. Antara ciri yang dibawa oleh DxP Yangambi ialah buah sawit yang dikeluarkan mempunyai saiz yang mudah diuruskan dan mempunyai peratus kandungan minyak yang tinggi. Selain daripada itu, pokok dari DxP Yangambi mudah diuruskan kerana mempunyai kerintangan terhadap beberapa penyakit dan lambat tinggi. Ciri ini membolehkan pokok sawit dari jenis ini mempunyai jangkahayat ekonomi yang lebih panjang dan mudah diuruskan. Selain daripada DxP Yangambi, bahan tanaman lain seperti GT1 dan 3-Way juga boleh ditawarkan sekiranya ada permintaan khusus dari pelanggan.



Senarai Perkhidmatan

Khidmat Pengangkutan Dan Penghantaran Anak Pokok Kelapa Sawit

Kami menyediakan khidmat mengangkut dan menghantar anak pokok kelapa sawit dari 12 buah nurseri kami ke mana-mana destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia dengan harga yang berpatutan. Anak pokok sawit akan diangkut terus ke ladang atau mana-mana lokasi simpanan dan sedia untuk ditanam. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga perkhidmatan. Harga yang dikenakan adalah berdasarkan lokasi penghantaran dan keperluan tambahan dari pelanggan. Proses penghantaran ini termasuk kos mencabut pokok dari nurseri dan memuat naik ke dalam lori.



Sebut Harga Anak Sawit

Permintaan sebut harga bagi pembelian anak sawit



Portfolio

Amalan pertanian yang baik

Memenuhi keperluan bekalan anak sawit berkualiti untuk ladang yang diuruskan FTPSB dan Kumpulan FELDA secara berterusan (lestari)

  • Penekanan kepada penakaian yang ketat perlu dititikberatkan bagi memastikan hanya anak sawit yang berkualiti keluar ke ladang
  • Penaikaian yang ketat dan awal juga dapat mengelakkan masalah serangan P&D dapat dikurangkan
  • Memastikan bekalan berterusan dan pulangan hasil yang tertinggi di ladang


Pengiktirafan tapak semaian

Pengiktirafan penghasilan anak sawit berkualiti melalui pensijilan COPN oleh MPOB di semua Tapak Semaian Pusat yang diuruskan.

  • Pada tahun 2017, sebanyak 6 Tapak Semaian Pusat (TSP) telah dipilih dan dalam proses akhir pensijilan iaitu TSP Penawar, TSP Chiku 7 dan TSP Jengka 25, TSP Kg Pelak, TSP Lembah Klau dan TSP Maokil 3
  • Bagi tahun 2018, Bahagian Pembangunan Strategik meneruskan pensijilan ke atas lima buah tapak semaian iaitu TSP Raja Alias 4, TSP Maokil 6, TSP Endau, TSS Ulu Tebrau dan TSS Bersia. Semaian ini perlu melakukan persedian dari segi dokumentasi dan infrastruktur yang berkaitan sepanjang setengah tahun pertama untuk pengauditan COPN
  • Pre Audit pensijilan COPN ini disyorkan pada bulan Mei dan Jun 2018
  • Pengauditan COPN dijangkakan akan dilakukan pada bulan Julai 2018. 


Peneraju bekalan anak sawit

Menjadi pengeluar utama anak sawit di Malaysia dengan memberi pendedahan FTP kepada industri sawit melalui seminar-seminar perladangan.

  • Bagi memperkenalkan produk FTP kepada penggiat industry kelapa sawit di Malaysia, FTP akan menyertai seminar-seminar perladangan sebagai exhibitor sepanjang tahun 2018.
  • Perbincangan dengan unit Pemasaran memperkenalkan branding anak sawit kepada syarikat perladangan bagi jualan luar.
  • Bahagian Pembangunan Strategik akan membantu dari segi tenaga kerja dan bahan-bahan pameran sepanjang seminar berlangsung. 


Tanaman Tumbuhan Berfaedah

  • Kaedah kawalan biologi dipertingkatkan melalui konsep Pengurusan perosak bersepadu perosak dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia
  • Jenis tumbuhan berfaedah dikenal pasti meningkatkan populasi musuh semula jadi iaitu parasitoid dan pemangsa adalah Tunera ulmifolia / Turnera subulata, Cassia cobanensis dan Antigonon leptopus dengan nisbah di ladang adalah 60:30:10