Pembangunan Perniagaan Baru - FTPSB

Perkhidmatan Kami

Menurut perangkaan semasa, seramai 3.2 juta penduduk Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri sawit. Ini menunjukkan bahawa ada keperluan untuk membangunkan perniagaan baru yang berkaitan dengan industri sawit secara keseluruhannya. Untuk itu, Felda Technoplant bersedia untuk menawarkan perkhidmatan seperti jualan tanaman perumah atau host plant seperti Turnera sp., Antigonon leptosus dan Cassia cobanensis. Tanaman perumah ini sangat sesuai untuk ditanam di kawasan pinggir ladang. Selain daripada menjadi hiasan landskap, ia juga akan menjadi perumah untuk parasit yang menjadi pemangsa kepada perosak tanaman iaitu ulat bungkus.


Senarai Perkhidmatan

Khidmat Teknikal dan Kejuruteraan Ladang

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam pengurusan ladang, Felda Technoplant sedia memberikan khidmat berbentuk teknikal khususnya dalam bidang kejuruteraan ladang dan teknikal termasuk nasihat agronomi, pembajaan dan pengurusan perosak. Ini adalah kritikal memandangkan kelapa sawit memerlukan keadaan yang khusus untuk berbuah. Untuk itu, adalah penting bagi sesebuah ladang untuk memastikan setiap urusan dijalankan dengan profesional dan lestari.

Sewaan Jentera (MAIC)

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti ladang melalui penggunaan mekanisasi, Felda Technoplant bersedia memberikan khidmat sewaan untuk jentera ladang. Ini termasuk membekalkan jentera seperti badang dan mini traktor yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja pengangkutan hasil di lapangan (in field transport). Jentera ini membolehkan hasil dikeluarkan dengan cepat seterusnya meningkatkan produktiviti kerja secara keseluruhannya.

Pengurusan Input Pertanian

Tidak dinafikan bahawa untuk mengeluarkan hasil yang tinggi, perlu ada input pertanian yang khusus. Lantaran itu, Felda Technoplant sedia memberikan khidmat untuk menguruskan input pertanian untuk ladang-ladang pelanggan. Ini termasuk pembelian dan pengangkutan racun untuk perosak dan rumpai, baja kimia serta peralatan khusus seperti sungkupan tiruan dan peralatan nurseri. Pembekalan input pertanian ini adalah berdasarkan penggunaan sebenar di ladang-ladang Felda Technoplant dan kami bersedia memberi nasihat terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami berdasarkan penggunaan semasa.

Sebut Harga Perkhidmatan FTPSB

Permintaan sebut harga bagi perkhidmatan FTPSB



Portfolio

Projek Agropolitan Pekan (PAP) Tanjung Batu, Nenasi, Pahang

Ladang ini dibangunkan pada tahun 2010 dengan pembiayaan oleh ECER (East Coast Economic Region) seluas 1,308.00 ha. Felda merupakan badan yang dilantik sebagai agen pelaksana untuk projek penanaman sawit dimana pada masa yang sama terdapat juga projek ternakan kambing. Kedua-dua projek ini termasuk dalam kategori agribusiness dalam pembangunan ECER. Bermula 1 Mac 2018, FTPSB telah dilantik oleh FELDA sebagai Agen Pengurusan untuk PAP Tanjung Batu