Syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) telah ditubuhkan pada 22 Jun 2005. FTPSB telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran W – 700736. Alamat berdaftar bagi FTPSB adalah di Tingkat 28, Menara Felda, Platinum Park No 11, Persiaran KLCC, 50088, Kuala Lumpur. Felda Technoplant Sdn Bhd berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam menghasilkan anak benih kelapa sawit yang berkualiti tinggi sejak 1993.
Kami yakin dan percaya bahawa kami boleh menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti premium dari Felda (Felda Yangambi) dan memastikan pulangan yang lebih tinggi kepada pelanggan dari segi hasil dan Kadar Ekstrak Minyak (OER). Dengan pengalaman lebih dari 20 tahun, kami telah menghasilkan anak benih berkualiti tinggi dengan penggunaan teknologi terkini dan Amalan Pertanian Baik (GAP) di Nurseri Technoplant. Semua tapak semaian kami dilesenkan dan disahkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan lokasi Nurseri Technoplant terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.