Perkhidmatan Kami

Pada 01 September 2017, Bahagian Khidmat Pelanggan telah ditubuhkan bertujuan meningkatkan hubungan baik antara Syarikat dan masyarakat Peneroka. Ia juga berperanan dalam menguruskan hal ehwal Peneroka termasuk menjalankan kempen penyertaan semula Peneroka serta menangani isu, aduan atau sebarang permasalahan yang dibangkitkan oleh Peneroka.


Senarai Perkhidmatan

Pengendalian Isu dan Aduan Peneroka

Adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan bagi FELDA Technoplant untuk menyelesaikan setiap isu ladang yang berbangkit samada daripada ianya melalui aduan langsung peneroka kepada Bahagian Khidmat Pelanggan ataupun melalui lawatan lot ladang bersama peneroka.

Ada beberapa platform yang dibuka kepada peneroka secara khususnya untuk membuat laporan berkaitan isu ladang dan membuat aduan iaitu :-
1. Pejabat Pengurus Ladang
2. Melalui talian telefon ke ibupejabat ataupun whatsapp Cakna Peneroka
3. Melalui emel dan google form

Kesemua isu ladang dan aduan peneroka ini akan dibincangkan secara khusus tindakan dan langkah menyelesaikannya dalam satu mesyuarat khas di Ibupejabat.

Pengendalian dan Pengurusan Penyertaan Semula Peneroka

Antara peranan utama Bahagian Khidmat Pelanggan adalah membantu Jabatan Khidmat Operasi untuk melancarkan lagi urusan kemasukan semula peneroka bersama FELDA Technoplant.

Adalah menjadi antara khidmat syarikat untuk menguruskan kembali peneroka dan kemasukan ini dibuat pada setiap suku tahun dengan tempoh bagi tujuan urusan kemasukan ini dibuat setiap 3 bulan sekali.

Dan tawaran ini dibuka kepada peneroka yang sekarang ini menguruskan lot sendiri daripada awal, maupun peneroka yang mengambil alih ladang.

Pengurusan dan Penjenamaan Semula

Syarikat sentiasa berhadapan dengan cabaran daripada pelbagai pihak, apatah lagi bilamana antara fungsi utama syarikat adalah menguruskan lot peneroka yang diamanahkan oleh FELDA.

Sebaran maklumat dalam Facebook Rasmi syarikat iaitu Felda Technoplant Official adalah antara platform utama kendalian Bahagian Khidmat Pelanggan dan Pemasaran selain daripada penyediaan video-video dan info grafik dengan tujuan membentuk nilai kepercayaan dan yakin diri disamping memperteguhkan pandangan-pandangan yang positif terhadap aktiviti syarikat.

Kepercayaan dan kebersamaan peneroka dalam aktiviti ladang akan mendatangkan impak hasil yang lebih baik dan menepati potensi hasil yang sepatutnya.
Ini sekaligus akan meningkatkan juga pendapatan peneroka.

Sebut Harga Perkhidmatan FTPSB

Permintaan sebut harga bagi perkhidmatan FTPSB



Portfolio

Pelan Strategik

Bagi memenuhi visi, misi dan objektif yang telah dirancangkan, sebanyak 15 Pelan Strategik telah dicadangkan untuk perlaksanaan

1. Sesi Muafakat Pimpinan Peneroka sebanyak 2 sesi setahun
2. Sesi Jengah Muafakat ke rumah peneroka dengan memberi tumpuan kepada 5% peneroka di projek
3. Sesi Kembali Muafakat bersama peneroka yang tidak bersama Felda/FTP dengan anggaran seramai 5,000 orang
4. Sesi Muafakat bersama NGO seperti MBFM, KAF, SGKF2, ANAK dan sebagainya sebanyak 2 sesi setiap negeri / Wilayah
5. Menggerakkan penyelesaian aduan
6. Profiling peneroka mengikut sasaran dan kawasan
7. Semakan Status Aduan beserta justifikasi status bila mana diperlukan
8. Mesyuarat Penyelarasan Khidmat Pelanggan sebanyak 4 sesi setahun
9. Program Latihan Pegawai Khidmat Pelanggan sebanyak 3 sesi setahun
10. Pangkalan Data Pelanggan Berpotensi – Pemasaran Berstruktur Tahun 2018
11. Program Pemasaran ‘In-Field – Hari Terbuka Nurseri@ Jualan Akhir Tahun -3 Sesi
12. Mini Seminar – Fokus kepada perkongsian Perlaksanaan Nurseri Technoplant
13. Open Booth Pameran dan Jualan Produk Technoplant
14. Lawatan Promosi ke syarikat-syarikat berasaskan pertanian
15. Kemaskini status di FB Rasmi/Media social- Branding