Program Bersama Pengerusi Felda di Felda Sg Koyan

Program Field Day bersama YBhg Tan Sri Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin

Pada 11 Januari 2019 bertempat di Felda Sungai Koyan, satu majlis Field Day telah diadakan bersempena dengan lawatan Tan Sri Pengerusi Felda dan Datuk Ketua Pengarah Besar Felda. Antara agenda Field Day pada hari tersebut ialah :- 1. Lawatan ke ladang-ladang peneroka Felda Sungai Koyan. 2. Penerangan khas mengenai aspek kawalan kualiti BTS atau 'Buah Tandan Segar' 3. Penerangan berkenaan operasi badang sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan mekanisasi untuk ladang kelapa sawit. 4. Pembentangan Pencapaian Prestasi Tahun 2018 Wilayah Mempaga 5. Lawatan ke asrama TKA Sungai Koyan 3 Semoga lawatan ini boleh memberikan maklumat kepada kepimpinan tertinggi FELDA. Syabas diucapkan.