Solat Hajat & Doa Selamat di Felda Trolak Utara

Program Solat Hajat dan Doa Selamat untuk mendoakan supaya kerja tanam semula berjalan lancar di Felda Trolak Utara

Satu majlis Solat Hajat dan Doa Selamat telah diadakan bertempat di Masjid Kariah Felda Trolak Utara pada 27 Disember 2018. Majlis ini diadakan untuk mendoakan agar kerja tanam semula ladang yang bakal diadakan pada tahun 2019 berjalan lancar. Majlis ini disertai oleh warga peneroka Felda Trolak Utara bersama kakitangan dan Petugas Felda. Semoga segala urusan dipermudahkan, Amin.