Hari Produktiviti FTPSB Wilayah Johor Bahru

Pada 27 Disember 2018 telah diadakan satu Mesyuarat Pengurusan untuk Pengurus-pengurus dan eksekutif FTPSB dari Wilayah Johor Bahru. Turut diadakan pada hari yang sama ialah sambutan Hari Produktiviti FTPSB Wilayah Johor Bahru. Program ini telah dijalankan bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) merupakan satu komitmen Felda Technoplant Wilayah Johor Bahru dalam usaha meningkatkan produktiviti. Syabas diucapkan. Program pada hari khamis ini diakhiri dengan Majlis Meraikan Pesara FTPSB Wilayah Johor Bahru. Antara yang diraikan ialah En Abdul Halim, En Zainal Saman, Pn Zahrah Karim dan En Jaid Paiman. Ribuan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan selama berkhidmat bersama Felda Technoplant! Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan serta peluang untuk berbakti kepada masyarakat pula, InsyaAllah.