Majlis Hi-Tea bersama Tun Daim Zainuddin

Majlis Minum Petang Peneroka Felda Wilayah Trolak bersama Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan

Pada 23 Disember 2018 telah diadakan satu majlis minum petang bersama Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bersama warga Felda Wilayah Trolak. Majlis ini berlangsung di Dewan Komuniti Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Ucapan dimulakan oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman diikuti Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, Sulong Jamil Mohamed Shariff. Menyusul ucapan kemudian ialah ucapan Pengerusi Felda, Tan Sri Datuk Megat Zaharuddin Megat Mohd dan diakhiri ucapan Tun Daim sendiri. Semoga warga peneroka mendapat maklumat dan amanat yang bermanfaat daripada program ini, InsyaAllah.