Field Day Ganoderma: FELDA Chini 3

Taklimat dan lawatan ladang berkenaan penyakit kulat Ganoderma yang menyerang Kelapa Sawit

Bertempat di Felda Chini 3, satu Field Day telah diadakan pada 23 Oktober 2018. Perkara yang dibincangkan antara lain ialah berkenaan kulat Ganoderma dan kaedah mengenalpasti serangannya. Turut hadir sama ialah RGM Felda Wilayah Kuantan, En Ahmad Syaarani bin Azulan, Pengurus Operasi FTPSB Wilayah Kuantan Encik Ramli bin Yahya, Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan Eh Shahriman Che Deris. Ceramah disampaikan oleh En Muhamed Ramdhan bin Ab Latif dari FELDA Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB)