DERMA LOMBOK

Pada 5 Ogos 2018 jam 7.46 malam, satu gempa bumi bermagnitud 6.9 telah melanda kepulauan Lombok. Bencana ini telah mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan kemusnahan yang besar pada masyarakat di sana.

Prihatin dengan malapetaka ini, apatah lagi dengan mengetahui ramai tenaga kerja FTPSB adalah dari Pulau Lombok, Felda Technoplant terpanggil untuk mengadakan kutipan derma untuk membantu meringankan beban masyarakat di sana, InsyaAllah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN PETUGAS FELDA TECHNOPLANT SDN BHD (Nombor akaun Maybank : 564922001223 - rujukan <dermalombok>)