Perjumpaan Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Felda Technoplant

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Technoplant, En Md Salleh Awang, memberi penegasan untuk panduan semua Pengurus dan Pegawai.

En Md Salleh Awang menekankan pencapaian baik di tahun 2017, perlu dipertingkatkan lagi di tahun 2018, secara khususnya dalam 3 perkara utama.

1. Gred Ladang
2. Kualiti dan Penuaian hasil
3. Amalan Pertanian Baik (GAP)

Analisa perlu berasaskan kepada fakta dan data bagi tujuan melonjakkan lagi pencapaian syarikat.

Visi dan Misi syarikat adalah jelas.

Komitmen dan usaha baik serta integriti melaksanakan amanah menguruskan lot kebun peneroka ini perlu diteruskan dan dipasakan dengan lebih keazaman yang tinggi.

Tahniah untuk Palong 3 dan Palong 7 yang dianugerahkan Hasil Tertinggi Lot Peneroka Bulan Jun 2018.

Tahniah dan tingkatkan usaha baik ini.