Perbincangan Bersama Pengurusan Kilang Nam Bee , Air Kuning

Satu perbincangan antara Tuan Hj Kadir Saad, Ketua Operasi Zon 2, dan En Adnan Bachok, Pengurus Jelai 2 bersama Pengurusan Kilang Nam Bee, Air Kuning telah diadakan pada 30 Julai 2018. Antara intipati perbincangan ialah perancangan penghantaran hasil bulanan untuk tahun 2018-2019 dan peningkatan kualiti BTS. Ini adalah antara siri perbincangan untuk membantu meningkatkan lagi pendapatan peneroka. Semoga perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang memberi faedah kepada semua, InsyaAllah.