83% Kontraktor Adalah Dari Warga Peneroka

83% kontrak kerja di ladang peneroka yang diuruskan oleh Technoplant adalah dikuasai oleh PENEROKA.

Ini jumlah yang sangat besar dan relevan.

Pencapaian ini harus dikagumi dengan penglibatan hampir sepenuhnya Koperasi, Pertubuhan Peneroka, Badan Peneroka dan juga Peneroka Persendirian bagi tahun 2017 yang telah mendapat pulangan sebanyak lebih RM216 juta daripada sejumlah 3,366 kontrak kerja.

83% kontrak kerja ladang adalah dibuat oleh peneroka.

Lapan kerja utama di ladang dikuasai oleh peneroka iaitu :-
1. Tanam Semula
2. Integrasi Sawit
3. Angkut BTS
4. Menuai BTS
5. Kejuruteraan
6. Mencuci Merumput
7. Pengurusan Tenaga Kerja
8. Tapak Semaian
9. Lain-lain

Bila melihat fakta dan data yang nyata ini, alhamdulillah bersyukur kerana ini PELUANG yang besar untuk PENEROKA terutamanya GENERASI KEDUA melaksanakan kerja-kerja kontrak dengan baik dan menepati standard kerja pada setiap tahun.

Peluang di tahun 2018 menanti GENERASI KEDUA