Lawatan CEO FTPSB ke Ladang FTP Chini Timur 1 dan 2

Lawatan Ladang oleh Ketua Pegawai Eksekutif
Felda Technoplant

20 Mac 2018 | Kuantan.

Hari ni, En Md Salleh Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Felda Technoplant Sdn Bhd telah melawat ke ladang potensi Hasil 30 mtan/ha bagi matang utama di FTP Chini Timur 1 dan FTP Chini 2.

Turut sama dalam lawatan adalah Pengurus Besar FTP Wilayah Kuantan, En Rahim Osman dan Pengurus Kanan Operasi Wilayah, Tn Haji Ramli Yahya.

Dalam sesi lawatan ladang ini, penumpuan khusus diberi kepada peningkatan hasil bagi tahun 2018 dengan penglibatan sama semua pengurus FTP Gugusan Chini dan Ketua Peneroka projek terlibat.

Benchmark di buat sebagai panduan ladang-ladang dalam Gugusan Chini.

Kami yakin dan percaya usaha berterusan begini akan mendatangkan impak yang baik, InsyaAllah.