ANUGERAH PENCAPAIAN HASIL 30tan/ha

Hari ini pada tarikh 29.12.2017 Felda Tunggal telah melakar sejarah tersendiri apabila ladang peneroka yang diuruskan oleh Felda Technoplant Sdn Bhd telah mencapai pengeluaran hasil sebanyak 30 tan/ha bagi tahun 2017.

Tempat: FELDA TUNGGAL JOHOR BAHRU

Sampaikanlah perkara baik.

Hari ini pada tarikh 29.12.2017 Felda Tunggal telah melakar sejarah tersendiri apabila ladang peneroka yang diuruskan oleh Felda Technoplant Sdn Bhd telah mencapai pengeluaran hasil sebanyak 30 tan/ha bagi tahun 2017.

Ini adalah pencapaian tertinggi yg pernah dicapai oleh ladang ini.

Tahniah Felda Tunggal.

Tahniah buat Tok Empat, Othman bin Ahmad dan Pimpinan Peneroka serta ahli blok yang telah menampakkan hasil yang sangat-sangat membanggakan buat semua.

Rahsianya adalah sistem blok yang diuruskan sendiri oleh ketua blok dalam pengurusan Felda Technoplant dan telah diamalkan sejak tahun 2015 di peringkat 1.

Purata pendapatan peneroka Felda Tunggal, RM5,000.00 sebulan. Alhamdulillah. Dan dengan keluasan ladang seluas 1272.17 ha, pencapaian keseluruhan ini amatlah membanggakan kepada semua pihak. Peneroka, Pengurusan Felda dan Technoplant yang saling bergandingan, bertolak ansur serta memahami dan mengatasi isu secara bersama.

Sejarah dicipta.

Tahniah buat semua dan tahun 2018 menantikan khabar hasil yang kita sama-sama usaha dan doakan ianyan lebih baik.

Syabas buat En Fazlizam Zam , En Fikri dan staf Tunggal.