Ceramah Bulanan Bersama Ustaz Ulul Azmi bin Yusuf . Alhamdulillah, pada 3 Ogos 2018 bertempat di perkarangan pejabat Felda Technoplant Sdn Bhd berlangsung satu ceramah bersama Ustaz Ulul Azmi Bin Yusof. Ustaz Ulul Azmi merupakan anak kelahiran Terengganu yang berasal dari Felda Kerteh 1. Beliau merupakan seorang penceramah bebas dan topik yang dibincangkan pada sesi kali ini ialah Solatku Kerjaku. Ceramah ini menyentuh mengenai kewajipan umat Islam menunaikan solat 5 waktu sebagai salah satu Rukun Islam.