Agen Pengurusan Kebun Peneroka - FTPSB

Perkhidmatan Kami

Felda melantik Felda Technoplant Sdn Bhd sebagai Agen Pengurusan untuk menguruskan Tanam Semula di kawasan kebun milik peneroka dan kawasan kebun milik Felda bermula daripada menguruskan kerja-kerja pembangunan tanam semula, kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja-kerja operasi ladang. 


Senarai Perkhidmatan

Kebun Berhasil

Untuk pengurusan kebun berhasil, Felda Technoplant dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 3 tugas yang utama iaitu mencuci merumput, membaja dan menuai. Ini termasuk menguruskan kerja-kerja buruh asing/tempatan atau melantik pemborong berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja ini.

Selain daripada itu, Felda Technoplant turut terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit pertanian, pemangkasan pelepah serta pembasmian perosak bila mana diperlukan. Semua urusan ini dijalankan secara lestari dengan melibatkan kos yang minimum kepada pelanggan.

Tanam Semula

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam kerja-kerja tanam semula, Felda Technoplant bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja tanam semula di kebun-kebun peneroka Felda. Program tanam semula dimulakan dengan perancangan rapi lebih awal iaitu dari segi penyediaan sumber anak sawit termasuk penubuhan tapak semaian sawit/getah.

Langkah seterusnya ialah merancang susun atur ladang dengan mengenalpasti lokasi sesuai untuk pembinaan teres, barisan sawit dan infrastruktur seperti jalan dan parit pertanian. Selepas itu barulah kerja-kerja menebang dan mencincang dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Langkah seterusnya ialah membaris sawit sebelum kerja-kerja menanam bermula yang lazimnya dijalankan semasa musim hujan. Selepas siap menanam, bancian dijalankan dari lot ke lot untuk memastikan pokok yang mati disulam semula.

Menguruskan Lot-lot Felda

Di tanah-tanah rancangan Felda lazimnya ada lot-lot kosong yang tidak berpeneroka. Lot-lot ini asalnya milik peneroka yang menarik diri atau paya-paya yang tertimbus akibat pengumpulan tanah dan pasir selepas bertahun-tahun. Lot-lot ini perlu diusahakan kerana selain daripada mempunyai kelembapan yang tinggi, ia juga kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Lantaran itu, kebanyakan lot-lot ini diusahakan dengan tanaman sawit atau getah dan hasilnya diserahkan kepada Felda.

Sebut Harga Perkhidmatan FTPSB

Permintaan sebut harga bagi perkhidmatan FTPSB



Portfolio

Tapak Semaian Sawit

Penubuhan Tapak Semaian bertujuan untuk menyediakan bahan tanaman untuk penanaman semula di ladang-ladang peneroka. Bahan tanaman yang disediakan adalah dari baka DxP Yangambi dan dijaga kualitinya dari masa ke semasa. Benih-benih yang rosak di takai dan hanya benih yang baik sahaja dibawa ke ladang


Penanaman Semula

Benih baik dari baka DxP Yangambi sahaja yang dibawa ke ladang untuk ditanam. Segala aspek pembersihan kawasan dan kawalan perosak adalah mengikut standard agronomi yang telah ditetapkan. Kami juga mengamalkan ‘zero burning procedure’ sebagai komitmen kami kepada alam sekitar


Penjagaan Ladang Sawit

Kami memastikan segala amalan pertanian baik (GAP) diikuti bagi memastikan pokok sawit mendapat penjagaan yang optimum dari segi keperluan baja dan pemuliharaan kelembapan. Polisi penanaman kacang penutup bumi (KPB) secara 100% juga dipraktikkan. Aspek keselamatan dan kesihatan dititikberatkan dalam semua aktiviti yang dilakukan.


Pengeluaran Hasil

Penuaian hasil dilakukan dengan memastikan hantaran tandan yang betul-betul masak sahaja dituai dan dihantar ke kilang. Kakitangan ladang dan juga EQI dan MQI sama-sama memantau kualiti tandan sawit yang dikeluarkan adalah yang terbaik. Kami juga memastikan semua hasil yang dikeluarkan mendapat pengiktirafan RSPO melalui amalan pertanian yang baik.